About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, November 11, 2010

pemain bola sepak MU yang tersesat kat ipta.

MUET. aku sangat la tak ready(wah, english word!) nak amik muet. Aku bukan nak bagi alasan tapi takdak semangat weh. mana entah pegi semangat aku. aku rasa sekarang ni aku semangat nak push up ngan sit up je tiap2 hari kot. wakakaka. serius do. aku sangat desperate nak ada badan yang tough macam cristiano ronaldo. tv punya pasal la. aku saja2 nak tengok tv kan sebelum lunch sambil tunggu ayah aku balik dari sekolah. boleh pulak tv tu tunjuk cristiano ronaldo ni menggelecek ke kotak penalti lalu meledakkan rembatan kai kanan nya dan goll!! wuyoo.. dengan gampangnya TV itu telah memotivate aku untuk workout badan aku ni. aku pernah dapat banyak gelaran la macam... ehh, asal aku cita lain lak ni. aiyoo.. tengok. nampak sangat aku tak fokus kat MUET. takpa. nanti aku nak post jugak pasal perjalanan hidupku menjadi tough. wakakaka.

masalah pulak buku muet aku tinggal kat kolej seroja tercinta. macam mana aku nak blaja? ha? balaja kat internet. cis. banyak la. aku tengok yang kat internet ni tak sama pun macam penceramah hari tu ajar. tu yang aku takut aku muet bawak mazhab lain. nanti dapat result band 100. haa. macam mana tu. tak salah aku ada band 1-6 je kot. aku tak tahu dan aku malas nak tahu. nah. amik ko. typical malay betol la aku ni. pemalas. kakaka. tapi aku nak berubah jadi rajin. hmm. semester 2 nanti lah. (satu lagi tipikal melayu). haisshh. kenapa la banyak sangat setan menghasut aku ni. mungkin sebab aku suka sangat pakai baju MU kot. ada lambang red devil. haa. terpaksa la aku bakar semua jersi MU ku nanti. cis. nak kasi orang pinjam pun aku lokek. nak bakar? gigit lidah aku dulu sampai putus. adeh! adeh! sakit nye!. tapi kan, aku ada bagi kat manusia tercinta dua bilah baju MU. ha. dua bilah. sapa aja ko simpulan bahasa 2 bilah? eh, simpulan bahasa ke penjodoh bilangan? haha. bes lak lagu shahir ni (now playing) . mentang-mentang masuk ajl. nak menyemak lak kat playlist aku. haha. eh, aku bagi kat si dia 2 helai baju MU. satu biru dan satu merah. baik tak aku? abang aku lagi kelaka. hadiah birthday ex dia dulu kan, dia bagi jersi MU. hahaha. aku tak. aku bagi kat si dia untuk penghargaan sahaja. kerana telah sabar dengan aku yang tak layan sms dia setiap kali match MU. boo. tipikal lelaki malaysia. tengok bola je terus mengabaikan awek. tapi aku tak. tadi aku acah je kot. haha.

okay. esok aku gerak ke kuching. kalau sempat, nak jugak jumpa kawan. paling penting, mestila nak tengok si dia tercinta. wahh. rindunya nak tengok muka comel budak tu. tapi paling penting aku nak singgah unimas dulu ambik slip MUET  dan buku ACE muet yang sengaja ditinggal di asrama. haha. malam aku nak tibai satu buku tu. insha Allah. beberapa hari ni aku asyik doa je nak mintak dapat jawab exam muet dengan mudah tapi usaha takda, tak boleh jalan kan. tapi, usaha last minute pun kira usaha jugak. (typical malaysian student). semua benda nak buat last minute. tapi antara usaha dengan doa, aku lebih percaya kepada doa. kenapa? cuba sendiri. wallahu alam.



                                       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...