About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, November 5, 2010

hampir maut.

seat motosikal aku tu dah koyak. serabai. jadi aku buat keputusan nak tuka kulit yang baru. takla malu aku nak pegi padang main bola. abang aku tu pun satu. pakai moto pandai, jaga nya tidak.

jadi petang tu lepas aku tidur petang, aku pakai track suit hitam berjenama cheetah dengan jersi hitam alfarab aku. aku pergi satu kedai ni. entah la kenapa aku nak pegi jugak kedai tu. masa aku datang situ, aku tak tau ada anjing. tiba-tiba aku nampak seekor anjing. (gulp). sebentar. tapi dia kena ikat kat pokok. haha. dengan rantai besi lak tu. kui3. kesian ko anjing. aku lepak tengok anjing tu sampai la tokei tu siap tukar kulit seat moto aku.

bila dah settle semua, aku pun bayar la. rm 15 tu. tapi takpa. lepas tu aku start motoikal aku. tiba-tiba ada anjing kecik ni menyalak. dahla tak diikat. saiz dia macam chihuahua. hua hua hua. aku macam biasala. cool. buat tak tahu. padahal dalam hati dah boom kedaboom ni. aku pulas la minyak moto aku nak kasi anjing durjana tu takut. tapi makin kuat dia menyalak.

tak boleh tunggu lama ni. aku pecut motor aku nak keluar simpang tapi aning tu kejar aku pulak! woof! woof! woof! sial! bayangkan ko memecut kat simpang. nasib baik tak dak kereta. kalau tak mampuih aku. tapi aku punya takut ni aku pecut sampai nak masuk dalam parit ni. aku brek.. sreeeeetttttt!!!
aku drift sikit kat situ.. alah.. macam dalam cerita rempit tu. macam tu la kot. haha. aku pecut terus tinggalkan anjing tu dengan mulut terkumat-kamit menyumpah. aku sempat tengok tokei kedai tu. benci betol. dia buat bodoh je. kalau aku, aku dah tanam dah anjing tu hidup-hidup!

aku balik rumah dengan automatik nya aku menyumpah seranah. memang aku tak suka sangat benda macam ni. kalau aku kena gigit ke, kena langgar kereta ke, masuk dalam parit ke.. siapa nak tanggung seksa dia. ada anjing tu nak mintak maaf? ada tokei dia nak ambik muet untuk aku minggu depan? tak mungkin nye lahh..

anjing bodoh. pergi mampus lah!

malas aku nak letak gamba anjing. kena samak blog aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...