About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, November 5, 2010

dulu saya pernah kata saya makin bodoh.

ni saya tulis saja nak bagi naik semangat saya. kasi mantain sikit. tak nak la semangat saya pudar sebab cuti sebulan lebih ni kan. okay.

haritu saya ada post yang saya gagal kertas matematik ujian 1. masa tu punya la hampa sampai rasa nak quit study. tapi saya bermuhasabah diri dan berjanji kat diri saya yang saya mesti bangkit. sejak itu saya kerap buat latihan maths. saya rasa itu saja cara yang berkesan nak belajar maths. buat latihan. cikgu dari ceruk rantau mana pun aka cakap benda yang sama kot. praktis. exercise. latih tubi etc.

Jadi, daripada usaha serta doa anda semua, saya berjaya buat kebangkitan untuk test2. Saya berjaya kalahkan markah kawan-kawan yang lulus waktu test 1. Alhamdulillah. boleh lah saya bawak markah ni untuk carry mark. tak lama lagi result final exam nak keluar. 17 november kot. tipu lah tak cuak. waktu final exam tu entah apa saya jawab kat kertas jawapan. tapi saya tak risau sangat sebab ada carry mark.

awak yang tengah baca blog saya ni tolong la doa kan kami semua pelajar asasi unimas dapat result yang baik la kay. tak mintak lebih. doa je pun. kawan-kawan pun ramai yang insaf sebab banyak sangat main-main waktu semester 1 ni. saya pun. belajar pun saat-saat akhir. sangat tidak bagus.

Ya Allah, anugerahkanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat. amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...