About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, January 3, 2009

back to school.. aaarrrgghh!!


salam.
menyaksikan detik 12 malam di rtm2 pada 4 malam yang lepas pastinya menjadi titik permulaan masa bagi manusia yang seusia ku untuk menjengah usia 17 tahun setelah 2009 menyapa dunia. 
Bagiku, tahun ini pasti membawa cabaran dan dugaan yan palin getir di alam persekolahan tatkala pada tahun ini aku dan sahabat-sahabat seperjuangan bakal menduduki peperikasaan SPM pada hujung tahun nanti..
Pelbagai persoalan diilusikan mentalku, "adakah aku sudah bersedia?", "bermimpikah aku?", "mampukah aku bangkit kembali?" dan banyak lagi persoalan-persoalan yang lain muncul. hal ini kerana beberapa hari sebelum 2008 melabuhkan tirainya, aku sudah menerima keputusan peperiksaan  yang agak mengecewakan. di mana silapnya? hampir setiap malam aku berjaga mebelek dan menelaah buku ketika musim peperiksaan. setelah selesai mengambil peperiksaan final itu pun hati aku melompat keriangan kerana yakin bahwa keputusan yang akan ku perolehi nanti akan lebih baik daripada semester pertama dahulu. tetapi, aku bersyukur kerana aku lulus dalam semua mata pelajaran dan tidak perlu mengulang peperiksaaan
namun, aku harus sedar bahawa semua itu sudah berlalu dan aku harus membuka baru sambil mempelajari dan mengkaji kesilapan lalu. aku berjanji kepada diriku sendiri bahwa aku akan berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM!
kepada sahabat, doakan kejayaanku, serta sahabat-sahabat yang lain. chaiyo!

salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...