About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, December 25, 2009

Jangan menyerah!

.tak ada manusia yang terlahir sempurna.
.jangan kau sesali segala yang telah terjadi.
.kita pasti pernah dapat kan cuba yang berat.
seakan hidup ini tak ada ertinya lagi.

.SYUKURI APA YANG ADA.
HIDUP ADALAH ANUGERAH.
.TETAP JALANI HIDUP INI.
MELAKUKAN YANG TERBAIK.

.tak ada manusia yang terlahir sempurna.
.jangan kau sesali segala yang telah terjadi.

.syukuri apa yang ada.
.hidup adalah anugerah.
.tetap jalani hidup ini.
.melakukan yang terbaik.

.tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya.
.bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa.

JANGAN MENYERAH, JANGAN MENYERAH, JANGAN MENYERAH...............!

Monday, October 19, 2009

but ku ilang


i woke up at 10 that morning.. only few students stayed at the hostel.. i went to bathroom to take a shower after i placed my only boots under the sun, next to my room to dry it..

i was so surprised as it was not there any more after shower.. it was gone.. who took it? it is still a question mark..

Saturday, June 6, 2009

A HAPPY DAY.

IT IS 6TH JUNE,
HAPPY BIRTHDAY!!!
SELAMAT HARIJADI KE 15.
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, HAPPY, BAHAGIA.. :)
THE MOST IMPORTANT, GET 8A 4 UR PMR

LOVE YOU.
:)
:p

Sunday, May 31, 2009

when i was a SUPERMAN




SUPERMAN (Karnival Sukan dan Permainan) adalah acara dwitahunan bagi MRSM2 dan pada tahun 2009, MRSM Kuching telah menghantar pasukan menengah rendah ke MRSM Kuala Klawang dan seminggu kemudiannya menghantar pasukan menengah atas ke MRSM Mersing.. aku menengah atas la.. 1 team bola, 1 team netball, 1 team badminton n 1 team bola tampar.. sebab bajet yang ciput n MARA kata takda duit, kontinjen MRSM KUching la yg paling kecik dr segi bilangan peserta nya.. tapi kecil-kecil cili api, MRSM Kuching boleh kata antara team yang ditakuti jugak la kat sana.. hee..





atas dari kiri: eric lingkong, marldson, amirul hisyam(gk), mohd syukri, noreffizul.
bwh dari kiri: aku(c), ayam, nas, valentine..

team bolasepak mrsm kuching x mengecewakan.. kitorang dapat no 3.. haha..
tapi main ngan lepeh-lepeh memang suatu pengalaman yang tak dapat dilupekan la.. disebabkan kitorg selalu main kat padang yang tahap sawah padi (lbh buruk kot), main kat padang MRSM Mersing dah rase macam main kat padang Old Trafford la pulak.. haha..
ok, ni route kitorang nak dapat no 3..


KUCHING 1- 1 TGB (aku score.. hehe..)
KUCHING 1- 1 Batu Pahat (aku lagi.. haha)
KUCHING2- 6 Mersing (aku satu, valen 1)
KUCHING 2- 2 Terendak (nas n Marldson score)

Group B
1.Mersing
2.KUCHING
3.Batu Pahat
4.TGB
5.Terendak

separuh akhir
KUCHING 0-1 Pontian
Mersing 1-0 Gemenceh

3rd Placing
KUCHING 2-2 Gemenceh (penalti 3-1)

FINAL
Mersing1-1Pontian penalti (1-3)





malam last, dinner kat dewan selera MRSM Mersing.. blh tahan la..



majlis penutupan kat dewan sri mersing.. suk da upa nas..


VICTORY!! ayam, marldson n pjul rasa menang olimpik.. gigit2 pingat.. haha


best2..

Wednesday, March 18, 2009

...memetik tulisan Tun....

sebelum membaca tulisan beliau, saya sendiri kurang pasti dengan tujuan dan rasionalnya dasar yang beliau laksanakan.......

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

| | Comments (579) | TrackBacks (0)
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.



kata nabil, lu pike la sendiri.. :D

Tuesday, March 17, 2009

kotak hati

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang ku lalu
terang-terang bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang-terang sudut kecilku isi
tuk senyuman mu lagi
berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulisku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa
mimpi..mimpi.. yang tak kembali
aku janji..janji takkan pergi

Monday, March 16, 2009

bolasepak di mrsm kuching

bolasepak di mrsm cam makin pupus.. especially among upper formers.. they often play rugby instead of men bola.. yg main bola ada p ckit la.. this situation kadang2 menyedihkan aku n menimbulkan kekesalan terhadap perpindahan aku ke mrsm but of course i will never leave this school before the time i must leave it laa..
kadang2 meluat+bencik to see ma frens playing rugby but when i joined them play, bezla pulak.. haha.. tapi bez men rugby masih x dapat lawan bez men bola.. d passion is absolutely different tauk x.. men bola jauh lbih layan.. haha..
tapi okla sebab bola masih hidup dalam kalangan lower formers.. terpaksa la aku layan jak main ngan mereka2 yg kecil2 ya.. tp lincah la.. hoho.. kadang2 knak ayam juak.. hahaha.. k la.. byk g nak cta pasal bola but enough 4 this post lah.. tata..

Wednesday, January 21, 2009

meet uncle hussein

kemenangan lagu itu kamu oleh estranged yang membuktikan kempampuan band indie tidak berakhir begitu sahaja tatkala meet uncle hussein meneruskan kegemilangan band indie menerusi lagu untukmu..
semoga band-band tempatan meneruskan impak mereka dengan lagu-lagu yang mampu menerjah telinga manusia di malaysia, indonesia dan dunia!!

Saturday, January 3, 2009

back to school.. aaarrrgghh!!


salam.
menyaksikan detik 12 malam di rtm2 pada 4 malam yang lepas pastinya menjadi titik permulaan masa bagi manusia yang seusia ku untuk menjengah usia 17 tahun setelah 2009 menyapa dunia. 
Bagiku, tahun ini pasti membawa cabaran dan dugaan yan palin getir di alam persekolahan tatkala pada tahun ini aku dan sahabat-sahabat seperjuangan bakal menduduki peperikasaan SPM pada hujung tahun nanti..
Pelbagai persoalan diilusikan mentalku, "adakah aku sudah bersedia?", "bermimpikah aku?", "mampukah aku bangkit kembali?" dan banyak lagi persoalan-persoalan yang lain muncul. hal ini kerana beberapa hari sebelum 2008 melabuhkan tirainya, aku sudah menerima keputusan peperiksaan  yang agak mengecewakan. di mana silapnya? hampir setiap malam aku berjaga mebelek dan menelaah buku ketika musim peperiksaan. setelah selesai mengambil peperiksaan final itu pun hati aku melompat keriangan kerana yakin bahwa keputusan yang akan ku perolehi nanti akan lebih baik daripada semester pertama dahulu. tetapi, aku bersyukur kerana aku lulus dalam semua mata pelajaran dan tidak perlu mengulang peperiksaaan
namun, aku harus sedar bahawa semua itu sudah berlalu dan aku harus membuka baru sambil mempelajari dan mengkaji kesilapan lalu. aku berjanji kepada diriku sendiri bahwa aku akan berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM!
kepada sahabat, doakan kejayaanku, serta sahabat-sahabat yang lain. chaiyo!

salam.

Mentalkuilusikan.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

3 Januari 2009 merupakan kali pertama saya menjadi ahli blog. 
di sini nanti akan dicurahkan persoalan, idea, luahan serta apa sahaja yang terbuku dan dilusikan di minda dan hati saya untuk  menjadi tatapan anda seterusnya saya mengharapkan komen atau pandangan saudara berkenaan tulisan saya, insya ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...